Rambut
gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata
orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang
mengaitkan keguguran
rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. Benarkah?
Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia
tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan.
Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila
rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada
pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.
Cuma, bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih
ketara kerana:
§ Hormon
semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara.
Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan
kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan
gugur.
§ Kurang
rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
§ Kurang
vitamin seperti zinc dan protein.
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3
bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.
Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas
bersalin?
§ Tukar
syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan
organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
· * Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada
rambut dan kulit kepala.
· * Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral,
zinc dan protein.
* Minum air secukupnya
· * Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress
![]() |
| Tambah kapsyen |
Sepatunya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi
mula memasuki usia 1 tahun. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan
khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga
boleh jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.
Add FB saya Ila Zahaila untuk kita
berbual secara langsung,
atau LIKE pages saya Mama Naim untuk
mendapatkan diskaun hebat dan promosi hebat yang sedang berlangsung.
atau cara paling mudah sms/call/whatsApp 017 2957591 untuk fast reply!!
dan dapatkan konsultasi percuma sepanjang pembelian bersama saya
hanya di ummi naim.
Salam sayang...
Ur shaklee
independent distributor
ila Zahaila - Shaklee
id 886374




Tiada ulasan:
Catat Ulasan