Kepentingan DHA kepada ibu hamil & bayi yang dikandung
Salam semua pembaca blog umminaim.com. Kita selalu mendengar tentang kepentingan DHA kepada kanak-kanak melalui iklan televisyen berkaitan susu formula. Tetapi pernahkah kita terfikir tentang keperluan DHA oleh ibu-ibu hamil dan menyusukan?
Apa Itu DHA?
DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat.
Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat yang bermula dalam rahim ibu! Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada ibunya. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.
Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka manakala DHA pula jarang didapati dalam kebanyakan vitamin ibu mengandung yang mereka ambil (Alhamdulillah my gynea memang prescribed supplement minyak ikan yang tinggi kandungan DHAnya dari mula trimester kedua sehingga bersalin).
Manfaat Kepada Bayi dan Kanak-Kanak
Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil supplement DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang lebih ketara tingginya di dalam otak mereka.
Oleh itu, kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengambilan supplement DHA oleh ibu mengandung dan menyusukan (susu ibu) mampu meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi dengan ketara berbanding sebaliknya.
Kajian turut menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi dari segi:
- Penyelarasan mata dengan tangan
- Kemahiran gerakan bermotor
- Jangka tumpuan yang lebih panjang
- Markah IQ yang lebih tinggi
Dos Yang Disyorkan
Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ISSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusukan.
Walaupun terdapat banyak susu formula untuk wanita hamil & bayi yang mengandungi DHA di pasaran, hakikatnya parasnya kehadiran DHA di dalam susu formula tersebut lazimnya masih rendah dan tidak mencukupi. Oleh yang demikian, supplement tambahan masih lagi diperlukan dan sangat disarankan untuk diambil.
Selain itu, sesetengah kajian turut menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan keafiatan dan kesejahteraan emosi ibu tersebut selepas melahirkan anak.
Justeru, ibu yang mengamalkan supplement yang tinggi kandungan DHAnya boleh mendapat lebih banyak manfaat daripada yang tidak mengamalkan supplement. Di tambah lagi, memastikan diet yang sihat dan seimbang semasa mengandung dan menyusukan adalah amat penting bagi kedua-dua ibu dan bayi.
Selain daripada mengambil dos-dos DHA harian, ibu mengandung dan menyusukan juga seharusnya mengambil supplement lain yang secukupnya bagi memastikan zat dan nutrient seperti kalsium, zat besi dan asid folik dapat diperolehi bagi menampung keperluan yang sedang meningkat pada saat-saat penting ini. Tambahan lagi, tidakkah anda mahu memberikan bayi anda asas permulaan yang baik untuk memulakan hidupnya kelak.
Saranan saya, semak semula supplement-supplement yang sedang anda amalkan. Jika anda seorang ibu hamil dan menyusukan, adakah anda turut mengambil supplement seperti minyak ikan yang kaya dengan zat DHA?
Jika jawapan anda tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menambah supplement OmegaGuard ke dalam diet harian anda bagi memenuhi keperluan ini. Kenapa pilih OmegaGuard berbanding supplement minyak ikan lain? Kerana ianya mengandungi kandungan DHA tertinggi berbanding dengan supplement minyak ikan lain yang berada di pasaran.
Sebiji kapsul OmegaGuard mampu membekalkan anda sehingga 360mg DHA! Selain itu, ianya juga turut diperkayakan dengan nutrient lain seperti EPA, ALA dan beberapa spektrum minyak omega-3 yang lain yang penting untuk kesihatan badan.
Bertepatan dengan promo yang sedang berjalan sepanjang Februari 2013 ini, pembelian OmegaGuard sebanyak 6 botol akan melayakkan anda untuk mendapat 1 botol percuma! Kalau 6 botol terlalu banyak, anda masih boleh menikmati pembelian OmegaGuard dengan harga promo khas. Nak tahu bagaimana? Hubungi saya melalui cara-cara berikut dan saya akan tunjukkan caranya:
- Facebook Ila Zahaila
- SMS/WhatsApp 017 2957591
- Fanpage Mama Naim
- Shaklee ID 886374
Oleh itu, cepat-cepat membuat pesanan kerana sebagai pelanggan Mama Naim harga istimewa, konsultasi dan jadual pemakanan percuma menanti anda!
Disclaimer
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases
Tiada ulasan:
Catat Ulasan