Selasa, 20 November 2012

Kenali kenapa bayi anda menagis?

Assalamualaikum buat pembaca blog semua...hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua ibu-ibu kat luar sana tentang perihal kenapa bayi anda menangis? ha...nak-nak kalau ibu yang baru beranak sulung..tentu panik dibuatnya...kenapalah anak aku ni asyik menangis jekan?


Bagi yang pertama kali bergelar ibu pastinya pelbagai perkara mengenai perihal bayi mesti diketahui ini termasuklah  perihal tangisan bayi. Tahukah ibu-ibu semua setiap tangisan bayi mempunyai pengertian yang berbeza?




Tiga sebab utama bayi anda menangis


1) Selalunya bayi menangis untuk menyatakan keperluannya seperti lapar, mengantuk atau ingin sendawa. Setiap keperluan asas ini diwakili oleh tindakan refleks yang berbeza yang berlaku  secara semulajadi di dalam badan bayi anda.Ia serupa dengan fenomena sedu, sendawa, menguap, bersin atau batuk yang dialami oleh orang dewasa.Perbezaannya hanyalah bayi tidak pandai mengungkapkan keperluannya dan untuk itu, bayi menangis bila keperluan yang cuba disampaikan tidak difahami atau gagal diberikan respon.


2) Bayi menangis untuk  memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. ia seperti bayi merasa sakit, ada yang tidak kena pada dirinya atau pun tidak sihat.


3) Kadangkala juga bayi anda menangis hanya kerana minta dirinya dipegang, di dukung, di belai atau diberi perhatian. ia mungkin bukan satu keperluan harian orang dewasa tetapi ia adalah kepeluan harian penting bagi bayi anda !

   Tanyalah mana-mana pakar dan mereka akan memberitahu maha pentingnya belaian dan sentuhan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan intelektual bayi. So kat sini kita kena ingat ye para ibu...betapa pentingnya belaian kasih sayang seorang ibu kepada bayi kita.

Atas semua sebab yang saya dah senaraikan di atas, perlulah ye kita sebagai ibu memberi respon terhadap tangisan bayi kita...jangan buat tak tahu je dengan alasan tak mahu 'manjakan' sangat anak atau taknak anak mengada-ngada nanti. Bayi kecil tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan malam. Jadi belailah bayi anda apabila dia menangis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Anda juga mungkin meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...