Salam sejahtera buat
semua pengunjung blog uminaim ye..harap-harap semua sihat dan sejahtera hendaknyalah
kan..lagi-lagi kita sebagai ibu ni memang sentiasa sibuk dengan urusan
rumahtangga..hari saya nak share dengan ibu-ibu semua bagaimana untuk mendapatkan
susu perahan yang lebih banyak hasilnya..haa..bukan main pam aje ye..ada juga
'syarat-syaratnye'..heheh..ok mari kita tengok apakah tip2 itu...
1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam
yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu
lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
2. Tenangkan diri - perkara pertama
sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun
malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.
3. Sebelum pam, urut
payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu
ke bahagian puting.
4. Tuam payudara dengan
tuala suam sebelum
mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran
susu keluar.
5. Semasa mengepam, lihat
gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon
dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak.
Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia,
suara dia.
6. Berzikir - amalkan berzikir
semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala.
3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita
ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang
terjadi dengan kuasa Pencipta.
7. Jangan lihat hasil
tenusu -
semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh
no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa
terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak
keluar.
So..rasa-rasanya teknik kat atas tu boleh diamalkan oleh para ibu ye..Insya Allah dengan doa dan semangat yang ada impian kita untuk memberi susu ibu anugerah dari Yang Maha Esa ini akan termakbul hendaknya.
Selain tu, sebagai tambahan juga, saya mengesyorkan para ibu mengambil supplement penyusuan yang saya amalkan juga, supplement penyusuan yang saya amalkan ialah multi vitamin, vitamin B, vitamin C, alfafa , kalsium (ostematrix) dan tak ketinggalan juga ESP yang bertindak sebagai Milk Booster terhebat..sebenarnya fungsi vitamin ni bukanlah membanyakkan susu badan kita, tetapi ia berfungsi sebagai pembantu di mana vitamin diambil bagi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara tidak langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja... tak gitu...
ni dia vitamin yang saya amalkan...
![]() |
Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di ;-
Sms/whatsapp - 017-2957591
e-mail : zahailaabdullah@yahoo.com
Add FB saya : Ila Zahaila untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik 'LIKE' di fan page saya Mama Naim untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
sekiranya anda budget, sila sms/ whatsapp beritahu saya berapa budget anda, saya akan cuba memberi yang terbaik untuk anda bagi memastikan anda dapat terus membekalkan susu ibu buat si manja anda.
sekiranya anda budget, sila sms/ whatsapp beritahu saya berapa budget anda, saya akan cuba memberi yang terbaik untuk anda bagi memastikan anda dapat terus membekalkan susu ibu buat si manja anda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan